RUU355: PAS tetap Bentang RUU355 Sidang Kali Ini

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 pada persidangan Parlimen kali ini.

Beliau berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu, PAS tetap akan membentangkan sebagai rang undang-undang persendirian dan berharap kerajaan akan menyokong tindakan itu.

"Masa itu, terpulanglah kepada Yang Dipertua untuk menentukan bila waktu yang sesuai mengikut 'Standing Order' perjalanan sidang Parlimen selepas urusan kerajaan.

"Tapi, sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk Pas bawa RUU355...saya seru semua Anggota Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan.

"Perlembagaan menyatakan ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, hari ini.

RUU355 dibentangkan buat pertama kalinya oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dengan tujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. - Bernama

RUU355: Tuan Guru Presiden PAS Sendiri yg Akan Bentang

RUU 355: Tuan Guru Presiden PAS Sendiri Yang Akan Bentang

Dalam sidang media di Rusila sebentar tadi, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan yang PAS sudah pun mendapat laluan dan beliau sendiri akan membentangkan RUU Pensendirian bagi meminda Akta 355.

Ianya akan dibahaskan pada sidang kali ini juga. Tarikh tepatnya akan ditentukan oleh Tan Sri Speaker Dewan Rakyat mengikut Peraturan Dewan iaitu selepas selesai urusan Kerajaan.

Beliau turut menyatakan ini adalah kewajipan bersama dan hak bagi orang Islam, tidak ada sebab orang bukan Islam mahu campurtangan.

Beliau menyeru Ahli Parlimen Muslim menyokong RUU ini nanti manakala Ahli Parlimen Bukan Islam menghormati Perlembagaan kerana ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja.

Di akhirnya, Tuan Guru Presiden PAS dengan tegas berkata kita akan hadapi halangan dan kita kenal siapa yang menghalangnya..!!!

Lepasni hujjah apalagi yg akan mereka gunakan utk memperlekeh usaha PAS, dan kita sama2 menyaksikan MP manakah yg bakal menyokong dan yg menolak.. Ia akan menyerlahkan sifat sebenar mereka tentang pelaksanaan utk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah.

Kenali Tuan Guru Haji Hadi

BIODATA DATUK SERI TUAN GURU HAJI HADI :-

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mendapat pendidikan sehingga ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah (1969-1973) dan menerima Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1974 hingga 1976 )
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

1) Anugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.
2) Anugerah ‘Tokoh Alim Rabbani’ oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang
pertama mendapat pengiktirafan tersebut.

PENGALAMAN MEMIMPIN DI DALAM MASYARAKAT & POLITIK.
1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah
2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah
3) Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
4) Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978
5) Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu pada 1982
7) Setiausaha Ranting (sekarang dikenali sebagai Cawangan) PAS kampung Rusila, Marang
8) Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
9) Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
10) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (mulai1977)
11) Ahli Parlimen Marang (2004-kini)
12) ADUN Rhu Rendang (1982-kini)
13) Menteri Besar Terengganu (1999-2004)
14) Timbalan Presiden PAS mulai tahun 1989
15) Memangku seketika jawatan Presiden PAS pada Jun 2002
16) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
17) Ahli al-Majma’ al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) berpusat di
Tehran, Iran.
18) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia,
berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.
19) Presiden PAS (2003-kini)
20) Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (2014-kini)

PENGLIBATAN BELIAU DI ARENA ANTARABANGSA
Tuan Guru mempunyai pengalaman yang sarat dalam Gerakan Islam dan penglibatan di peringkat antarabangsa. Semasa beliau belajar di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan
Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar’iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.

Diantara penglibatan beliau di arena antarabangsa ialah,
1) Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS).
2) Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
3) Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang
4) Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha
Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5) Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.
6) Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia
dari Afghanistan.
7) Sering diundang menghadiri Ijtima’ Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami) dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti
Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.
8) Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.
9) Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.
10) Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya’ di Persidangan Antarabangsa
Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu
membincangkan konflik terkini yang berlaku di AsiaBarat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
11) Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013.

Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannoushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).

KARYA PENULISAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI:
1) Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
2) Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Jundi Resources, 2012
4) Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 5) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[39]
6) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
7) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [40]
8) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
9) Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
10) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
11) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008 Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
12) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
13) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
14) Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
24) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
25) At Tibyan Dalam . Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
26) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
27) Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
28) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
29) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam 4, 2002
30) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
31) Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000
32) Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
33) Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
34) Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
35) Muqaddimah Aqidah Muslimin :Gedung Gua, 1985
36) Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
37) Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984 terus memimpin Parti Islam Semalaysia ( PAS )

RUU355: UMNO Rugi, PAS Dapat Pahala

RUU 355: Umno rugi, PAS dapat pahala, kata Ibrahim Ali.

KUALA LUMPUR: PAS sudah dapat pahala walaupun usul Hadi tidak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Datuk Ibrahim Ali.

Sebaliknya, Umno diramalkan hilang sokongan penyokong rang undang-undang meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

“PAS dapat pahala walaupun belum berjaya membentangkan RUU 355 di Parlimen. PAS dah buktikan kesungguhan dan bukan retorik semata-mata,” kata Presiden Perkasa pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini.

“Umno rugi di kawasan penyokong tegar PAS di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun di negeri seperti Selangor, Perak dan Sabah akan beri keuntungan kepada BN.”
BN pada 29 Mac lalu memutuskan untuk tidak membentangkan usul Hadi susulan bantahan dalam kalangan ahli komponen.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan dibuat selaras amalan konsensus, dan menyerahkan nasib usul Hadi kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ibrahim akan menghantar surat kepada Pandikar menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Katanya kerajaan harus memberikan peluang kepada Hadi membentangkan rang undang-undang kontroversi itu demi Islam.

“Tak ada alasan langsung untuk menidakkan oleh speaker (Pandikar) kerana proses demokrasi kalau dihalang berdosa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.

Sila Tinggal di Negara Sendiri Kalau Tak Nak Ikut Undang-Undang



KUALA LUMPUR: Hak untuk tidak mengikut Perundangan Syariah Negara atau Institusi Islam yang dikatakan oleh sesetengah tokoh seperti Siti Kasim dan Haris Ibrahim dalam sebuah forum baru-baru ini boleh dilakukan tetapi bukan di negara ini. Mereka perlu berusaha lebih keras untuk mencari dan membina negara mereka sendiri, kata Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla.

Menurutnya, tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu, setiap orang Islam adalah tertakluk kepada hukum syarak. “Jadi dari segi pentadbiran negara selagi penyelarasan dan pentadbiran hukum syarak itu sendiri mematuhi hukum syarak maka mana-mana individu yang melanggar hukum-hukum syarak yang boleh dihukum di bawah Islam, kita (orang Islam) adalah tertakluk kepada perbicaraan ataupun sistem pendakwaan dan hukuman di bawah Islam,”katanya. 

Beliau berkata, perkara itu tidak menghalang kita daripada tampil ke hadapan Mahkamah Syariah dan cuba menampilkan apa-apa pembelaan yang kita percaya kita ada termasuk perkara atau kelakuan yang kita di tuduh itu. “Kalau kita percaya perkara itu tidak bersalah maka kita berhak untuk menampilkan segala bukti dan juga nas ataupun hukum-hukum Islam melalui kandungan mana-mana ayat atau surah di dalam Al-Quran, Hadis mahupun Ijmak Ulama,” katanya. 

Mohamed Hanif berkata, Mahkamah Syariah pula wajib mendengar dan kemudian baru mahkamah membuat keputusan samada nas dan perkara berkaitan yang ditampilkan itu adalah berjaya untuk menjadi pembelaan kepada kita atau tidak. “Maksudnya sebagai Islam, contohnya jika seseorang itu syahadah Islamnya lengkap dengan mengakui bahawa Allah itu Esa dan Muhammad itu Rasul terakhir tetapi di dalam pembelajarannya dan di dalam pemahaman serta di dalam otaknya, dia merasakan puasa itu tidak wajib kemudian dia ditangkap sebab makan dikhalayak ramai. 

Pada masa itu dia perlu hadir di hadapan Mahkamah Syariah disebabkan hukum Islam itu tertakluk dan digunakan kepada dia.” “Kemudian ketika di mahkamah kalau dia rasa kita semua salah termasuk kita gunakan nas yang salah ataupun dia mendakwa ada nas yang menunjukkan puasa itu tidak wajib jadi dia berhak untuk tampilkan nas dan ayat atau hadis yang dikatakan itu bagi membela diri,” katanya. 

Menurut beliau, maka setelah itu biarlah mahkamah yang membuat keputusan samada perkara yang didakwa itu adalah betul ataupun salah mahupun sesat. “Maksud saya kita tidak boleh katakan ini bukan Islam cara awak, ini Islam cara saya atau Islam cara mazhab itu dan mazhab ini,” katanya. Beliau berkata, pandangan itu hendaklah ditapis di mahkamah dan mahkamahlah yang akan membuat keputusan dalam keadaan tersebut samada ada orang itu bersalah ataupun tidak bergantung kepada kehakiman Islam itu sendiri. 

“Tidak timbul isu samada mereka ada hak sebagai individu dan berhak mengikut Islam acuan mereka sendiri, mereka perlu buktikan dengan selengkap-lengkapnya di mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman di khalayak,”katanya. Hanif berkata, sememangnya Perlembagaan telah menetapkan bahawa setiap orang Islam adalah tertakluk kepada undang-undang dan hukum Islam itu di bawah Perlembagaan dan juga sebagai orang Islam Perkara 3 telah menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. 

Menurutnya, perkara itu telahpun ditakrifkan di dalam kes kalimah “Allah” di Mahkamah Rayuan di mana mahkamah telah menyatakan bahawa tanggungjawab setiap agensi kerajaan untuk menentukan undang-undang Islam dan dibenarkan untuk digunapakai terhadap orang Islam. Kalau orang Islam itu merasakan bahawa dia tidak bersalah terhadap mana-mana tindakan yang diambil terhadapnya maka dia juga masih tertakluk kepada undang-undang Islam. 

Beliau berkata, itu sudah ditentukan di bawah Perkara 74, isu-isu Islam di bawah negeri dan negeri di bawah enakmen dan isu-isu enakmen terkandung undang-undang Islam. “Jadi kita sebagai umat Islam, bagi tafsiran saya kepada Perlembagaan, kita tetap tertakluk kepada dua set undang-undang iaitu sebagai rakyat Malaysia kita tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan sebagai orang Islam kita tertakluk kepada hukum-hakam Islam yang telah disahtarafkan melalui Perlembagaan,” katanya.

Melantik Bukan Islam dalam Pemerintahan

CYBERJAYA: Islam membenarkan kalangan bukan Islam yang berkelayakan dilantik dalam pemerintahan negara dalam urusan dibenarkan, demikian menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau memperincikan pengambilan bukan Islam dalam pentadbiran kementerian pemerintahan negara yang diletakkan para ulama fekah politik sebagai 'Wazaratul Tanfiz'.

Penjelasan itu diberikannya dalam sesi dialog pada Konvensyen Profesional Malaysia bertema "Mempersada Kerajaan Teknokrat" di Promenade, Garden Residence, di sini semalam.

Iaitu terangnya, mereka menerajui urusan berkaitan polisi dan masalah semasa dan setempat mengikut keadaan, tetapi tidak boleh dilantik sebagai 'Wazaratul Tafwid' yang berkait polisi dan dasar akidah negara.

"Al-Mawardi ulama Mazhab Syafi'ie yang sangat keras, kalau baca kitab Imamul Haramain kitab Ghiyats mengatakan mesti orang Islam, tak boleh lantik orang bukan Islam.Kita harap ustaz kita bukan sahaja baca kitab je, kena baca sejarah ulama ini, masyarakat dia.

"Imamul Haramain dia tinggal di Makkah Madinah, di sana tak ada Hindu, tak ada Buddha, tak ada Kristian tak ada apa masyarakat situ. Al-Mawardi tinggal di Iraq yang bercampur dengan berbagai-bagai agama dan masyarakat, dia menangani masalah-masalah yang dia faham dengan masalah dia tanpa menjejaskan akidah.

"Bahkan apabila orang Islam melantik orang bukan Islam dalam Kabinet pemerintahan Islam, mereka merasa mereka dihargai, dihargai, dihargai. Ini juga sebahagian daripada konsep dakwah untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Masalah dia nak terima Islam, itu cerita lain, kita tak paksa dia terima ataupun tidak," ujarnya memetik pandangan Al-Mawardi itu.

Menurutnya, Islam amat mengutamakan hujah dan setiap pertentangan dihadapi dengan hujah biar beraliran demokrasi, komunis, liberal, Kristian, Hindu dan sebagainya, tetapi bukan melalui kekerasan.

Keadaan itu kata beliau, sebagaimana ditunjuk sejarah di mana telah berlaku orang bukan Islam menganut Islam, sementara agama lain tetap terpelihara walaupun berada di bawah pemerintahan Islam.

Beliau memberi berlaku contoh di Mesir di mana terdapatnya Gereja Kristian Ortodok Koptik yang dibina sebelum kelahiran Nabi Muhammad masih kekal selamat termasuk para penganutnya.

Begitu juga katanya, rumah-rumah ibadah Hindu dan Buddha di Indonesia yang masihnada hingga kini di mana semua itu menunjukkan pemerintahan Islam tidak memaksa anutan.

Penjelasan beliau itu juga turut menjelaskan perbezaan peranan Kerajaan Teknokrat Islam dengan Kerajaan Teknokrat yang ada di dunia hari ini.

Tajuk Mengelirukan, Pejabat Mufti Wilayah Bidas Malaysiakini dan FMT

Portal Malaysikini dan Free Malaysia Today mendapat teguran dari admin Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ekoran mengeluarkan tajuk berita yang jelas mengelirukan pembaca.

Fatwa terbaru Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk “Hukum Berduaan di Dalam Kenderaan Bersama Pemandu Bukan Muhrim” telah dikelirukan dua portal berita tersebut dengan menggunakan tajuk kontroversi “Pejabat Mufti: Jangan Khalwat Dalam Teksi, Uber dan Grabcar”.

Tegasnya, jika pembaca hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa Mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.Kesal dengan apa yang berlaku, admin Mufti Wilayah berkata, tajuk itu jelas bercanggah dengan kesimpulan yang cuba disampaikan pihaknya.

Selain itu katanya, ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya.

Teguran yang dibuat melalui media sosial Facebook Mufti Wilayah itu juga menjelaskan
persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti itu yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu dihuraikan.

“Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat​ Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama.

“Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today,” demikian teguran dibuat melalui sumber sama.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan walaubagaimanapun menyeru kepada Malaysiakini dan FMT untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan.

Hal demikian katanya kerana kebanyakan laporan-laporan yang diterbitkan kedua-dua ua portal tersebut berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.

Sumber: UlamaSedunia.Org

Ulasan: MK dan FMT terkenal dengan Berita2 yang sering kali memberi salah faham tentang Islam.. dengan kata lain Mereka2 ini DAJJAL penyebar Fitnah terhadap Islam. FB mereka dipenuhi dengan Non Muslim yg berlagak serba tahu tentang ISLAM.. Sindiran dan Hinaan terhadap ISLAM di Facebook mereka oleh Non Muslim sgt bermaharajalela seolah2 tiada yang MEMANTAU atau mengambil Tindakan.. Gesaan Kami agar KERAJAN mengambil TINDAKAN Drastik terhadap Mereka2 yang Membei Komen yang MENGHINA Agama Islam... !!!

Apa Sebenar AMANAH Mahu Dari PAS?


Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Parti  AMANAH? Ya ini lah pertanyaan yang kita sering kali bingung dengan tingkah laku mereka...

Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

1. Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

2. Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.

3. Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

4, Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

5. Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

6. Keenam,
DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

7. Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

8. Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

9. Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

10. Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

PAS Bersendirian Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS akan menjadi pembangkang yang unggul dan dilihat sebagai sebagai parti yang layak bertanding pada semua kerusi di negeri Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tokoh wartawan dan orang lama PAS, Tuan Haji Subki Abdul Latif berkata, PAS tidak ada pilihan yang banyak buat masa ini, tetapi yakin PAS akan menjadi pembangkang yang kuat.

“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya,

“mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” ujarnya

Beliau berpendapat, adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.

Beliau berkata demikian pada sesi temubual dengan Harap TV di sini semalam Ahad, 19 Mac.

“sepatutnya PAS bertanding semua…..dulu pun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi,

“parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian…….maka pilihan kita tidak ada, sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS Ganti Umno’,” jelasnya.

Menyentuh RUU 355 yang akan dibawa oleh Barisan Nasional pada sidang parlimen, beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan membawa perkara tersebut.

Katanya, sepatutnya Dato’ Onn Jaafar telah melaksanakan kehendak Islam sejak Malaysia merdeka sebagaimana yang disarankan oleh pemimpin PAS.

Menurutnya, Dr Burhanuddin al-Helmi berkata ketika menerima kemerdekaan, tidak ada kemerdekaan yang sebenarnya, tanpa melaksanakan syariat Islam.

“tetapi apabila PAS sokong, tidak bermakna PAS akan ‘tutup’, kalau PAS tak ada, mungkin dia tak buat, (dan memang) sepatutnya pindaan RUU 355 itu kerajaan yang bawa, tetapi kerajaan gagal bawa, jadi PAS yang bawa,

“kita sudah lama wujudkan enakmen syariah di Kelantan dan Terengganu, jadi dengan yang dibawa oleh mereka sesuai dengan apa yang dkemukakan PAS, kita akan sokong asalkan undang-undang syariah dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Menyentuh tentang dakwaan, kononnya Umno bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri beliau berkata, ia hanya ‘cakap-cakap manis’ sahaja.

Sedangkan hakikatnya, Umno sebenarnya tidak mahu PAS bertanding walau satu kerusi pun.

“Umno ni dia tak akan setuju (parti lain) ambil satu kerusi pun dalam dunia ini! Dia (Umno) nak ambil semua itu hajat dia,” tambah beliau.

Boo Su Lyn: Malaysia Tidak Akan Maju Bila Melayu Muslim Diutamakan

PUTRAJAYA: Penolong Editor Malay Mail Online, Boo Su-Lyn mendakwa dirinya boleh menjadi pemimpin untuk mentadbir negara kerana beliau berasakan boleh melakukan kerja dengan lebih baik berbanding pemimpin Islam sedia ada. Boo Su-Lyn sebelum ini juga pernah membuat gesaan untuk menghapuskan artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, peruntukan yang menghalang orang bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Ini kerana Boo Su-Lyn mahu umat Islam di Malaysia bebas hidup sebagaimana dirasakan perlu mengikut kehendak mereka. Dalam ruangan kolumnis portal The Malay Mail Online, beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi berkenaan kenyataan umat Islam perlu menguasai politik Malaysia berdasarkan majoriti penduduk, kerana pada pendapat Boo Su-Lyn kenyataan itu bersifat perkauman.

Menurutnya, walaupun arena politik Malaysia ini telah didominasi oleh kaum Melayu-Islam selama hampir enam dekad selepas merdeka, namun kuota bumiputera masih dikekalkan dan tidak berubah. Beliau berpendapat, “Jika mereka benar-benar berjaya, kita tidak perlukan kuota kaum pada zaman ini,” katanya.

Kenyataan itu sekaligus mengaitkan kegagalan negara untuk mencapai status negara maju selaras dengan matlamat Wawasan 2020 kerana kerajaan masih mengekalkan kuota kaum yang boleh mewujudkan amalan diskriminasi dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menurutnya lagi, Malaysia perlu melantik atau memilih pemimpin dalam arena politik, perniagaan atau mana-mana bidang lain berdasarkan merit, bukan berdasarkan bangsa, agama, jantina, atau salah mana-mana bahagian identiti mereka. Katanya, beliau berasa pelik untuk menyatakan perkara ini secara lantang apabila negara-negara maju yang lain mempunyai dasar yang jelas terhadap diskriminasi.

“Jika London boleh mempunyai Datuk Bandar Muslim dan Jakarta mempunyai gabenor Kristian, mengapa Malaysia tidak boleh mempunyai lebih ramai lagi datuk bandar, ketua menteri atau menteri Kabinet bukan Islam?” soal Boo Su-Lyn.

Beliau berkata, negara tidak akan maju sekiranya orang yang layak tidak dibenarkan menjadi pemimpin disebabkan perbezaan warna kulit dan kepercayaan agama yang berbeza. Sebagai contoh, jika kata-kata Dato’ Seri Abdul Hadi adalah benar, penipuan hartanah melibatkan penukaran status tanah rizab Bumiputera kepada bukan Bumiputera di Johor yang melibatkan tuduhan rasuah tidak sepatutnya berlaku dengan kehadiran pimpinan Melayu-Muslim, ujar beliau.

Beliau juga mendakwa Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang maju sekiranya kerajaan masih mengekalkan kuota perkauman dan mengamalkan diskriminasi dalam pentadbiran.

Ulasan: Apabila MULUT Kafir berbicara sesuka hati tanpa ada undang2 untuk mengawal Mereka.. Mereka tidak pernah belajar sejarah nenek moyang mereka. Mereka lupa asal usul mereka...

PKR Selangor Anggap Hubungan dengan PAS Seperti Biasa?

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus menganggap hubungan dengan PAS seperti biasa walaupun PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan parti itu.

Ini kerana, menurut Azmin yang juga menteri besar Selangor, PKR tidak pernah memutuskan hubungannya dengan PAS.

Bagaimanapun, Azmin berkata beliau menyerahkan keputusan muktamad kepada pucuk pimpinan PAS dan yakin perkara itu akan dibincangkan pada muktamar tahunan parti itu pada April nanti.

"Kita akan bincang. Misi (satu lawan satu) kita masih sama, kita teruskan (perbincangan) kita dan kita tengok apa yang berlaku pada muktamar nanti.

"Kita tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Jadi, itu kita serahkan kepada kebijaksanaan parti PAS dan pemimpin PAS untuk tentukan.

“Bagi pihak PKR kita mahu semua parti yang progresif, yang ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian PKR tidak berubah,” kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas Majlis Himpunan Bulanan Jabatan dan Agensi Kerajaan Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan kepada PKR selepas PAS Pematang Pauh dan Bayan Baru memutuskan hubungan dengan PKR di kawasan berkenaan.

Semalam, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendakwa PKR cuba menjejaskan kedudukan parti itu di kalangan pengundi Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Manakala Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim pula berkata antara sebab kerjasama politik dengan PKR perlu dibatalkan ialah kerana parti itu "tidak sedikit pun menghormati" PAS ketika menganggotai Pakatan Rakyat, di samping "secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang".

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan kesan tindakan itu terhadap PAS Selangor, Azmin berkata ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana hubungan PAS dan PKR di Selangor sangat mantap dan baik.

"Alhamdulillah, tak ada masalah. Kerjasama PAS di Selangor cukup mantap, kita ada AMANAH, DAP, BERSATU.

"PAS Selangor juga telah keluarkan kenyataan, saya ingat beberapa kali mempertahankan agenda bersama, dasar bersama kerajaan negeri dan dalam sidang dewan, mesyuarat exco.

"Exco PAS juga mempertahankan dasar- dasar kerajaan negeri. Saya tak ada masalah, kamu boleh datang mesyuarat exco akan datang. Mereka selalu ada untuk sokong kerajaan negeri,"
katanya.

Tipu Pajakan Tanah di Kelantan Pemimpin DAP direman

MELAKA, 20 Mac - Seorang pemimpin kanan DAP dan seorang ahli perniagaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan, melibatkan anggaran kerugian RM976,300.00

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan mahkamah majistret terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 54 tahun, lapor Utusan Online.

Kedua-duanya yang memakai baju lokap berwarna oren hadir ke Mahkamah Ayer Keroh di sini pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada 14 Disember lalu, laporan polis dibuat seorang pengadu yang juga pengusaha kebun sayur, mendakwa membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta untuk mendapatkan tanah pajak itu.

Isu itu sebelum ini didedahkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 9 Mac lalu.

Malaymail

Ulasan: Oh ini ke yang dikatakan Pemimpin2 DAP itu BERSIH sepertimana Bekas ARTIS PAN tu kata? ... Ok... hurmmm

PAS Kekal LAWAN Umno Dalam Pilihanraya

Musuh politik PAS kelihatan muflis isu apabila berterusan membangkitkan kisah dongeng bahawa PAS akan bersekongkol dengan UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) nanti. Sedangkan hakikatnya PAS telah berhadapan dengan UMNO sebagai seteru politik sejak sekian lama lantaran perbezaan ideologi perjuangan.

PAS menggunakan sepenuhnya ruang amalan demokrasi berparlimen dalam negara ini untuk memperkenalkan amalan 'good governance' berpaksikan Islam dalam pentadbiran negara. Sedangkan Umno/BN sebagai parti sekular yang bertunjangkan nasionalisme sempit telah banyak mengharubirukan negara akibat pelbagai kegagalan dan penyelewengan.

PAS Kedah meyakini bahawa ahli-ahli PAS yang matang juga rakyat Malaysia amnya, tidak akan termakan dakyah golongan muflis politik yang begitu istiqomah sekali melontarkan fitnah terkutuk bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno/BN pada PRU14 nanti.

Pertembungan politik pilihanraya ini berterusan menjelang PRU14. Kali ini PAS Kedah bersedia berhadapan BN dan Pakatan Harapan (PH), jika mereka meletakkan calon di kerusi ditandingi PAS yang ketika ini berada dalam blok Gagasan Sejahtera.

PAS Kedah dalam kajian untuk meneroka beberapa lagi kerusi berpotensi, di mana pengundi Melayu melebihi 60 peratus; untuk diletakkan calon bagi merealisasikan sasaran PAS memperolehi 40 kerusi Parlimen. Di samping PAS tidak pernah menggugurkan tekad untuk kembali merampas pentadbiran Negeri Kedah dari tangan BN.

Dr Ahmad Fakruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah

Rahmatan Lil'Alamin Jangan diSalah Guna!!!

Jangan disalah ertikan Rahmatan Lil'Alamin. Disampaikan oleh Habib Quraisy Baharun disalah satu Majlis Rasulullah dijawa barat... dengan mengatakan tentang penyelewengan tafsir oleh sesetengah Kaum muslimin hari ini...

Sekian sedia maklum di negera Kita ada sesetengah Muslimin ini menggunakan Istilah Rahmatan Lil'Alamin dalam MengHALALkan perjuangan mereka dengan arti pemahaman sendiri sepertimana yang dikatakan oleh Habib ini seperti berikut:

"Bahawa Umat Islam JANGAN SALAH mengertikan Rahmatan Lil'Alamin... Rahmatan Lil'Alamin itu memang betul Nabi Muhammad itu di utus pembawa Rahmat bagi  Alam Semesta.. Tetapi jangan digunakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu, dengan mengatakan "Kalau Agama Islam dihina Kita Sabar sahaja.. ", "Kalau umat Islam di aniaya Kita sabar sahaja", "Kalau Al-Quran didustakan Kita Sabar Sahaja", "Kalau akidah diperlecehkan Kita sabar sahaja" kerana Nabi Rahmatan Lil'Alamin...

Saya tegaskan bahawa penyelewangan tafsir yang tidak boleh diterima oleh kaum muslimin, sebab bukti sejarah menunjukkan Nabi Muhammad tersenyum... Ya!.. Nabi Muhammad akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani.. Ya!.. .Nabi Muhammad diludahi.. Sabar.. Ya!... Nabi Muhammad dilempari kotoran.. memaafkan.. Ya!... Akan tetapi saudara, salah satu sifat unggul Nabi Muhammad...

"Ayat Quran..."

Jika seandainya agama ALLAH di dustakan, Maka tidak seorang pun yang mampu untuk menghadap marahnya Rasulullah S.A.W... Jika seandainya Rahmatan Lil'Alamin hanya maaf dan senyum sahaja. Tidak mungkin ada perang Badar, Tidak mungkin ada Perang Uhud, Tidak mungkin ada Perang Kandar, Tidak mungkin ada perang Khaibar, Tidak mungkin ada Masjid Tira' yang hancurkan oleh Nabi, Tidak mungkin ada ratusan laki-laki pengkianat perjanjian Keamanan dengan Nabi yang dilakukan oleh Yahudi Khaibar, Setelah Nabi diberi kemenangan oleh Allah, lalu seluruh leher mereka dipotong oleh Nabi Muhammad S.A.W yang dilakukan oleh para sahabatnya kerana berkianat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Artinya apa? Artinya bahawa Nabi Rahmatan Lil'Alamin...? Ya! Tetapi tafsir kepada Rahmatan Lil'Alamin dirujuk, harus merujuk kepada 23 tahun sejarah risalah diutuskan Nabi Muhammad sampai Beliau wafat... "

Politik Juga dibawa ke Akhirat

POLITIK JUGA DIBAWA KE AKHIRAT

Allah berfirman:

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨ الأحزاب.

67. “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”
68. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.”

Al-Quran melaporkan betapa pemimpin dan pengikut yang sesat di dunia menerima akibat di Hari Kiamat.

Allah berfirman menyatakan secara terperinci:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧ وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨ الزلزلة.

7. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
8. “Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.”

Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya, menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang beraqal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله - عز وجل - ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.

“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah A.W, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyu’ bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”

Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.

Perhitungan adil itu mengikut hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran Rasul-Nya S.A.W dihuraikan oleh firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.

58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

Kesimpulannya:

1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah.
2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W.
3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.
4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.

Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.

PAS terus beristiqamah sehingga sampai kewawasannya daripada dunia sehingga hari Akhirat. Bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.

Maka konsep kemenangan bagi PAS ialah:

Terbesarnya kemenangan Akhirat yang kekal abadi dan percaya adanya kemenangan di dunia, apabila adanya pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Berlakunya dengan dua keadaan.

Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain , Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung, menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna .

Kedua: Kumpulan Islam menolong kerajaan yang adil atau menjadi penasihat kepada kerajaan yang zalim dengan penuh kesabaran, berpandukan firman Allah:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة.

2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.

Konsep kemenangan ini berpandukan janji Allah di dalam Al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .

10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”
13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”

Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.

Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan.
1- Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.
2- Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.

PAS tetap memilih konsep demokrasi aman dan damai, serta Politik Matang dan Sejahtera dengan hikmah.

Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Opurtunis yang mencari kemenangan mee segera atau Cauvenis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk.

Allah telah menetapkan jaminan terhadap bukan Islam sehingga dikaitkan dengan konsep takwa:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .

8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).”

Komen: ISLAM ni jgn kita bertanya dengan si BUKAN AHLInya.. Yakni org yg tidak mengaji pasal Islam.. Apatah lagi bertanya atau bertuankan BUKAN ISLAM bahkan pada si KAFIR...

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Baca Quran, Terus Kuat dan Teguh Hadapi Rintangan

Bila ditanya apa rahsia Tuan Guru Syeikh Haji Abdul Hadi Awang terus kuat dan teguh walau diuji dengan pelbagai fitnah?

Tuan Guru Syeikh Haji Abdul Hadi Awang menjawab, "Baca Al Quran, setiap kali baca Al Quran, saya akan membaca dan tahu kesusahan dan perjuangan Nabi2 terdahulu, apa la sangat ujian yang saya terima berbanding Nabi2 terdahulu"

Itulah Murabbi kita yang sentiasa sabar dan istiqomah dalam perjuangannya.


DAP Sarawak Gesa Henti Ambil Guru Agama dari Semenanjung

KUCHING, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Parti rasis dan cauvinis DAP sekali lagi masuk campur dalam urusan umat Islam apabila mempertikaikan pengambilan guru agama dari Semenanjung Malaysia ke negeri itu.

Dalam surat bertarikh 3 Februari, Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, Jabatan Pelajaran negeri dengan persetujuan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Fatimah Abdullah dan kerajaan BN negeri telah meminta 433 guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di negeri ini.

Chong berkata, alasan yang diberikan untuk mengimport guru-guru Islam adalah kerana terdapat kekurangan guru itu di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ini bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli gangguan keharmonian kaum di negeri ini.

Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa, turut berasa takut guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia itu akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan menyebabkan lagi pengasingan kaum.

Beliau turut tidak berpuas hati apabila kerajaan menolak permohonan guru agama Islam di Sarawak tetapi membenarkan guru-guru agama Islam Malaysia Semenanjung untuk mengajar di negeri ini.

“Adalah mustahil apabila 10 peratus daripada mereka yang memohon tidak layak menjadi guru agama Islam. Guru agama Islam di Sarawak takkan lah begitu teruk,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika ia adalah sistem atau polisi yang melarang pengambilan walaupun 10 peratus daripada pemohon ini, sebagai kerajaan, BN perlu mengubah sistem atau dasar prejudis tersebut.

“Kami juga menggesa kerajaan memberi pertimbangan selanjutnya kepada 4,438 pemohon yang telah memohon untuk Jais (seperti yang ditunjukkan oleh Fatimah) berdasarkan kelayakan akademik mereka yang sebenarnya tidak pada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

Sumber: ISMAweb

"ISLAM Bukan Agama Keamanan" ADUN PKR Hina ISLAM

DAKWAAN seorang wakil rakyat dari parti pembangkang yang menggambarkan ‘Islam bukan agama keamanan’ ternyata memakan diri apabila kenyataan tidak berasas itu dipersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Islam Bukan Agama Keamanan" - ADUN Batu UbanMenerusi perkongsian di Twitter, Khalid meminta individu berkenaan, Raveentharan Subramaniam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Uban agar tampil untuk menjelaskan apakah maksud dan tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi agama itu.
“Panggil penama di bawah dan minta dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Islam was never a religion of PEACE’,” tulisnya.

Gerun dengan kenyataan Khalid, ADUN Batu Uban itu dengan segera memadam status berkenaan dan segera menggeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menuduh dan menyinggung sahabat-sahabat Islamnya namun sebagai mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik, berhubung kenyataan “pengkritik saya adalah pengganas” yang diutarakan Zakir menerusi artikel yang dikeluarkanMalaymail Online.

"Islam Bukan Agama Keamanan" - ADUN Batu Uban
Terdahulu, Raveentharan mengeluarkan satu kenyataan dalam berbahasa Inggeris berbunyi “Firstly Islam was never a religion of PEACE” kira-kira dua jam yang lalu.

Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai di mana Raveentharan dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi agama dan bersifat memecah belahkan keharmonian penduduk di Malaysia.

Malah, segelintir pemerhati politik turut melabelkan ia sebagai kenyataan dari ‘puak’ Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk meneruskan agenda dalam menghasut rakyat. 

Lapor: MYNEWSHUB.CC

DAP Terus Menyerang ISLAM

Catatan Parlimen: DAP Terus Menyerang ISLAM

1. Selepas rehat tengah hari tadi, giliran YB Gelang Patah, Lim Kit Siang membahaskan Titah Diraja 2017. Di penghujung ucapannya, sempat lagi Lim Kit Siang membangkitkan isu RUU 355.

2. DAP mengaku mereka perjuang untuk semua tidak kira kaum dan agama. Mereka mahu perjuangkan identiti Malaysia, bukannya atas nama bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.
Hakikatnya benarkah pengakuan DAP ini.?
Apa yang kita lihat DAP lebih sibuk menyerang hak orang Melayu-Islam dan lebih mengutamakan hak orang bukan Melayu.

3. Lim Kit Siang mempertahankan bahawa DAP tidak anti-Islam apabila mereka menentang usul RUU 355. Dia menyeru semua orang "grow-up" agar menjadi rakyat Malaysia yang sebenar. Nasihat ini turut dia tujukan kepada Tuan Guru Presiden PAS.

4. Sebaiknya, Lim Kit Siang membeli cermin dan melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Kononnya mereka perjuangkan Malaysia yang sebenar, hakikatnya DAP begitu keras dan tegas dalam menentang kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan Malaysia.

Ahli Parlimen DAP begitu lantang mendesak hak orang Islam untuk bebas keluar masuk agama Islam. Semasa PAS memerintah di Kelantan, Terengganu, dan Kedah adakah rakyat bukan Islam ditindas dan dizalimi oleh PAS.?

5. Lewat petang tadi, Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching pula mempertikai dan memperlekeh para guru agama Islam dari Semenanjung yang datang berkhidmat di Sarawak. Dia mendesak agar dihentikan kemasukan guru agama Islam dari Semenanjung kerana dikatakan mereka akan meracuni pemikiran murid dengan fahaman ekstrem.

Sungguh, perbuatan ini begitu melampau..!
Para guru itu datang berkorban menabur bakti, berjauhan dengan keluarga demi melaksanakan tugas, DAP dengan semudahnya menuduh para Ustaz dan Ustazah ini jahat.

6. Entah selepas ini apa lagi yang DAP mahu pertikai.?
Kedudukan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja pun mereka mahu pertikai.Amat malang sekali bagi mereka yang masih bersekongkol apatah lagi menjadi khadam pembela DAP. 

Demi merebut kuasa, prinsip agama digadaikan.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
15 Mac 2017

Akta RUU355, Bantahan & Penipuan DAP

1. Saya masih ingat Ahli Parlimen Seremban dari DAP, Anthony Loke dalam satu ceramah beliau kepada masyarakat Cina telah mengatakan bahawa orang Cina tidak perlu takut dengan hukuman Hudud kerana jika orang Cina tidak mencuri atau merompak , mereka tidak akan dikenakan hukuman hudud. Malah, video ceramah tersebut juga sudah viral di WhatsApp dan Facebook sejak lama lagi.

Selain dari beliau, banyak pemimpin DAP pun berkempen dimerata rata tempat dan minta masyarakat Cina tidak payah takut atau khuatir tentang Hudud.

2. Semasa DAP bersama - sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, Hudud ini tidak merupakan satu halangan kepada perjuangan DAP , terutamanya kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Malah saya masih ingat dalam perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh PAS dan DAP antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.

Dengan jelasnya di sebut didalam perjanjian tersebut, Lim Guan Eng sudah bersetuju bahawa PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep negara Islam secara sendiri. Namun sekarang, apabila PAS sudah tidak bersama DAP didalam pakatan pembangkang, tiba - tiba sahaja DAP sudah melakukan U-Turn dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS.

Malah DAP mengatakan bahawa perjuangan PAS bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Ini membuktikan DAP merupakan satu parti yang hipokrit yang sentiasa menukar pendirian mereka hanya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa politik.

3. Lebih menghairankan, Lim Kit Siang juga cuba menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak kepada kehidupan orang bukan Islam. Ini merupakan satu penipuan yang sangat besar dari DAP.

Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja.

4. Sepertimana yang dikatakan olih DAP semasa PRU 13, orang bukan Islam tidak perlu khuatir akan pindaan ke atas RUU 355. Ini kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada Undang-undang Islam.

Oleh itu kenapa kini mereka Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin pemimpin DAP yang lain membantah dengan sekeras kerasnya pindaan Akta RUU 355 ini sedangkan akta ini tidak melibatkan orang Bukan Islam dan ia bukan Hudud. Lagipun wakil Rakyat dari DAP YB Anthony Loke pun pernah kata semasa dalam ceramah kepada masyarakat Cina , kalau tak curi dan tak rompak , kenapa masyarakat Cina harus takut pada Hudud.

5. Bagi saya, tujuan utama pemimpin Diktator DAP, Lim Kit Siang dan sekutu mereka membantah Akta RUU 355 ini adalah kerana mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan Umat Islam dan juga ingin mempecahbelahkan masyarakat Melayu dalam negara ini. Sementara nya mereka menghasut kaum Cina untuk membantah RUU 335 yang mana pada tahun 2014 dalam perjanjian bersama PAS , pihak DAP, di wakili olih Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah bersetuju bahawa itu adalah hak pihak Pas untuk memperjuangkan Agenda Islam.

Akhirnya saya meminta Pemimpin Hipokrit DAP khususnya Lim Kit Siang & Lim Guan Eng jangan Putar Belit isu tersebut dan sila jawab kepada masyarakat Cina apakah apa yang mereka cakap semasa PRU 13 masih bolih digunapakai ataupun hanya digunakan untuk tarik undi dan menipu kaum cina ??

Sila menjawab Lim Kit Siang , Lim Guan Eng.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden, Parti Cinta Malaysia
15hb Mac 2017

Apakata Bekas Presiden MIC terhadap Org Melayu

"Pada tahun 1955, Kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tertinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, Kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan Kita bercakap menyentuh perkauman?. Apakah yang dilakukan oleh pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi penyokong Mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
"Jika Kita lihat di serata Negara Asia dan Asia Timur, Kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan Juga tidak diteriam di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, Mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubugn kewarganegaraan yang Mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, Kaum India telah di usir keluar, di Ceylon Mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan Anda juga tahu.

Apa yang sedang berlaku di Malaysia?...

Disini Kita mendapati pemimpin Melayu berkata:
"Kita akan menerima Mereka sebagai saudara, Kita akan berikan Mereka sepenuhnya peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, Kita akan beri mereka peluang utk menjadi warganegara"

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu masa itu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang Saya nyatakan, Saya amat BERNASIB BAIK kerana dilahirkan di NEGARA INI.

Dimanakah Anda boleh berjumpa BANGSA yang LEBIH PERIHATIN, BERSOPAN SANTUN dan TERTIB selain dari BANGSA MELAYU.

Dimanakah Anda boleh mendapat layanan Politik yang BAIK untuk KAUM PENDATANG?. Dimanakah dalam sejarah dunia?

Saya bertanya kepada Anda. Ini adalah FAKTA. Siapakah Anda untuk menjaga keselamatan Kami?. Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti. Tetapi, Saya amat gembira disini"


Tambahan:
Tapi malangnya hari ini ada SESETENGAH dikalangan Cucu Cicit Mereka2 SUDAH LUPA akan ASAL SEJARAH dan FAKTA ini. Mereka dengan berlagak SOMBONG dan Angkuh terus mengasak Hak Bangsa Asal tanah ini.. Malah Agama Bangsa Asal ini di HINA dan dihalang. Mereka lupa betapa bersyukurnya Nenek Moyang Mereka masa itu krn Bangsa ini. Jangan Sesekali menunding jari Bangsa asal ini yang mengungkit isu Perkauman.. tapi Sedarlah kalianlah yang terlebih dahulu LUPA akan diri kalian... !!!

Terbaru: Agama Islam bangsa Asal Tanah ini dihina sebagai Agama yg TIDAK AMAN oleh seorng Adun PKR berbangsa India.. Tapi mereka lupa Agama ini lah yang membenarkan Mereka hidup beranak pinak selama ini...

Dia Suruh Saya Urus Sendiri Pulang ke KL

SUNGAI PETANI: "Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan... rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi." Norasikin Abdul Halim, 26, tidak dapat menahan sebak mengimbau kisah suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pagi tadi.

Pasangan itu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang. Beliau berkata, biasanya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini. 

Bagaimanapun, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara kali ini. "Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan. "Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan. 

"Sekarang saya tahu kenapa," katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang di sini, malam ini. Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam. Sementara itu, bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata anak sulungnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. 

"Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam. "Biasanya Fandi periang dan suka bercakap," katanya sambil menambah Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan. Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth. 

Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal. Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

Sumber: Sinar

PAS Itu Tabligh, Tabligh Itu PAS

PAS diperli oleh zairil DAP, beliau cadangkan agar PAS menyertai jamaah Tabligh. Marah benar Zairil dengan PAS yang mengajak rakyat kepada Islam sehingga merasakan PAS tidak layak untuk berada dimedan politik dan sarankan agar PAS menyertai jamaah tabligh. Perli Zairil ini sebenarnya bukan sahaja tujuan memburukkan PAS malahan mengheret sama memburukkan jamaah tabligh.

Tabligh itu maksudnya "menyampaikan", bukan "menyembunyikan". Ia adalah salah satu sifat wajib Rasulullah saw. Ia juga menjadi kewajipan keatas semua yang beriman terutama golongan yang berilmu. Haram bagi yang mengetahui menyembunyikan ilmu, berdosa jika menyembunyikan apa yang terkandung didalam Islam. Ia adalah sifat yang wajib ada kepada para pendakwah. PAS Parti Islam, maka tak dinamakan jamaah Islam kalau tidak berdakwah, tidak dinamakan pendakwah kalau tiada sifat tabligh padanya.

PAS dibenci oleh orang seumpama Zairil ini kerana sifat tabligh yang ada padanya, PAS mengajak rakyat Malaysia supaya beramal dengan ajaran Islam termasuk didalam urusan berpolitik dan memerintah, mahunya siZairil supaya PAS tidak beramal dengan politik beragama sebagaimana umno juga mahukan PAS begitu sejak dulu, mahunya mereka supaya PAS juga sama seperti mereka berpolitik tanpa agama.

PAS tak mungkin jadi begitu, kerana PAS parti Islam, kalau PAS pisahkan Islam dari politik, maka tiada bezanya PAS dengan mereka, PAS tak pernah buang prinsip perjuangannya, walaupun lumat PAS dihina dan difitnah sejak dulu kerana tablighnya. Islam itu berkembang dan membiak dengan 'tabligh', jika tiada yang menyampaikan maka tiadalah Islam, begitu juga PAS yang membiak dan menjalar dengan 'tabligh'. Tabligh adalah organ untuk PAS terus bernyawa, tanpa tabligh, tiadalah Parti Islam seperti PAS.

Lebih baik PAS sertai jamaah tabligh kata Zairil, pasti sahabat-sahabat saya dari jamaah tabligh akan mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar kalau sekira mereka membaca saranan Zairil. Mereka pasti gembira jika PAS menyertai mereka dan begitu juga kami pasti gembira jika mereka menyertai kami. Zairil lupa agaknya PAS dan jamaah tabligh adalah saudara kembar, kami seiras cuma ada sebutir tahi lalat pemanis sebagai pembeza, kami seperti tangan kanan dan kiri, saling membantu dan berdakwah demi Islam.

PAS tak kisah kalau dikatakan kami dari jamaah tabligh dan jamaah tabligh pun tak kisah kalau dikatakan mereka PAS sebab kami sejiwa, jiwa agama. Setiap kali kami berjamaah di Masjid atau surau, pasti kami berjumpa, solat berjamaah menyatukan hati kami, disini tempat kami saling bersenyum dan bersapa khabar, disinilah juga tempat jiwa kami bersatu untuk sama-sama membantu perjuangan Islam, perlu diingat jamaah tabligh bukan sahaja ada diseluruh Negara malahan dunia, sebahagian mereka telah mendaftar sebagai pengundi.

Jamaah PAS dan Tabligh sering berjamaah, kami tidak berjumpa lima tahun sekali, tetapi lima kali sehari. Kami bertemu dirumah Allah yang penuh barokah bukan dikelab malam sambil membotol, kami saling membesarkan Allah swt, mengajak sesama Islam supaya sentiasa sujud kepada Allah swt, InsyaAllah usaha kami pasti akan sampai kepada kemenangan yang dijanjikan Allah nanti, ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sentiasa sujud kepada Allah samaada ketika solat mahupun ketika berpolitik. "Benar"

URAJ
TANJUNG LUMPUR

Amanat TGHA Penilaian dlm Konteks Dakwah & Politik

AMANAT TGHA, SATU PENILAIAN DALAM KONTEKS DAKWAH DAN POLITIK.

Seperti yang ana janjikan sebelum ini akan sharekan pandangan dan hujjah Dr Azahar Yaakob dari UTM mengenai Amanat TGHA yang dipetik dari Wacana Ilmiah - Amanat Hj Hadi- Satu Penilaian Dalam Konteks Dakwah dan Politik bersama dua lagi panelis Dr Khairuddin at Takiri dan Dr Maza.

Dalam mengulas isu Amanat TGHA Dr Azahar mengajak untuk kita sama-sama merujuk senario yang berlaku di negara-negara umat islam Mesir dan Turki. Dua buah negara umat islam ini turut menjadi mangsa tekanan dan terperangkap dalam kitaran ganas ideologi sekularisme yang melanda negara umat Islam kesan kejatuhan Khilafah.

Sebagai fakta kepada isu yang dibincangkan Dr Azahar merungkai kembali sejarah Mesir di mana lahirnya seorang 'alim. Sheikh Ali Abdul Razk yang mengarang sebuah kitab...الإسلام وأصول الحكم

Apabila dikaji kitab tersebut beliau secara terang-terangn menolak sistem Khilafah dan dengan tegas menyatakan bagaimana sistem Khilafah yang wujud tidak lain dan tidak bukan hanya eksploitasi politik semata-mata dan (kedua) beliau merestui mana-mana umat Islam yang mahu menolak sistem Khilafah.

Pandangan beliau disanggah oleh gerakan Islam terutamanya Ikhwan Muslimun. As-Sheikh Abdul Qadir Audah dalam kitabnya الإسلام وأوضاعنا السياسيه memberikan penjelasan terhadap kenyataan Sheikh Ali Abd Razk dengan mengatakan bahawa pandangan tersebut adalah bercanggah dengan Islam. Pandangan tersebut adalah meniti kepada jalan murtad daripada Islam kerana menolak sebahagian daripada kehidupan bersiyasah yang diasas kepada Islam itu sendiri.

Ini adalah pandangan ulama yang menyatakn batas-batas iman dan kufur yang hanya tidak berlaku kepada kes terpencil yang ada pada Amanat TGHA. Tapi gelombang yang berlaku di seluruh dunia umat Islam. Apabila kitaran ganas sekularisme ini telah merosakkan sebahagian besar daripada maruah umat Islam.

Begitu juga dengan Turki. Bagaimana Mustafa Kamal Atarturk telah berjaya memusnahkan sistem Khilafah Islamiyah Uthmaniyah dan menukarkannya dengan sekularisme tahun 1924. As-Sheikh Mustafa Sobri Mufti terakhir kerajaan Islam Uthmaniyah yang melihat dengan mata kepalanya sendiri akan perpindahan kerajaan Islam, pemerintahan Islam daripada hukum Islam kepada kerajaan sekular yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Atarturk. Bagaimana beliau melihat pincangnya ummah, pemikiran ummah yang semakin rosak, beliau tidak menunggu lama, beliau dengan memfatwakan satu fatwa yang sangat tegas dan fatwa beliau dirakamkn dalam kitab beliau berjudul Mauqiful 'Aqli Wal Ilmi Wal Ilmu Rabbil 'alamin موقف العقل والعلم والعالِم من رب العالمين. Rujuk pada juzuk yang ke-4 beliau menyebut mana-mana dikalangn umat Islam yang redha dengan fahaman sekular, fasluddin anissiyasah فصل الدين عن السياسة yang disebut juga dalam Amanat Hj Hadi agama suku politik suku, mana-mana umat Islam yang menganut fahaman sekularisme yang redha dengan sekularime, demi sesungguhnya inilah jalan pintas untuk seseorang itu murtad daripada Islam. Li anna fasladdini anissiyasah فصل الدين عن السياسة

bimakna annahu la yataqayyad ahkamiddin biahkamissiyasah (memisahkan agama dari politik) kerana apabila seseorang itu menganut fahaman sekularism agama suku politik suku, agama yang hanya terluang lingkup di dalam ibadah fundamental ritual semata-mata Solat Puasa Zakat Haji. Inilah jalan kekufuran yang ditegaskan oleh TGHA dalam Amanatnya. Adapun nak diluaskan Islam sebagai way of life nak diadaptasikan Islam dalam konteks ekonomi politik sosial pendidikan dan hubungan antara bangsa...

Tidak mungkin!

Inilah tutur kata bahasa yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO khasnya diawal 80an dan akhir 70an (di bawah artikel ana sertakan beberapa ucapan pemimpin UMNO yang dimaksudkan Dr Azahar)

Apabila hal ini berlaku bermakna kita telah memandulkan sebahagian besar hukum dan syariat Allah Azza Wajalla. Dan inilah realiti yang ada yang disebut dalam Amanat Hj Hadi. Ini sebuah mata rantai yang tidak lain dan tidak bukan untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Kerana itu Dr Azahar menyatakan bersetuju dengan apa yang disebut Dr Khairuddin at Takiri bahawa Amanat Tn Guru Hj Abdul Hadi ini tidak hanya sesuai valid disebut untuk dekad 80an 90an zaman sekarang bahkan ia akan terus berterusan. Justeru tidak timbul soal untuk minta Amanat tersebut ditarik balik. Tidak timbul soal mengkafirkan akan Amanat ini pada individu Umno dan Barisan Nasional.

Tapi bagaimana dan kenapa setelah itu timbulnya isu kafir mengkafirkan. Solat dua imam. Enggan berimamkan imam Umno, Tidak makan sembelihan Umno?

Kata Dr Azahar..Landasan telah saya bina di awal ucapan saya tadi, selama-lamanya kita tidak akan faham ayat فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ kalau kita tidak mengambil environment persekitaran ayat tersebut. Apakah munasabat apakah ayat yang mendasari waimma ayat sebelum dan selepasnya. Tanpa dinafikan menjadi satu fenomena perbincangan dan kita boleh rujuk sejumlah ungkapan-ungkapan yang telah dibukukan.."Laksana hukum Islam, huru hara. Laksanakan hukum Islam hudud, nanti sungai penuh dengan tangan yang dipotong"....

Bukan saja diucap oleh orang awam. Tetapi diucap oleh imam di surau dan masjid. Apakah seorang makmum itu merasa selesa untuk solat "Sahaja aku solat zohor 4 rakaat makmum lillahitaala"...Siapa imamnya, imam yang baru sebentar tadi menyatakan hukum Islam tidak sesuai, yang baru sekejap tadi menyebut hukum hudud adalah lapuk. Jiwa mana yang rasa selesa dan murtaah مرتاح rasa lapang dengan situasi seperti itu?... Lantas mereka ini mengambil sikap untuk tidak bersama dengan imam tersebut. Susur galur ini harus diperincikan. Kalau lah Dr Khairuddin at Takiri dan prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) bersetuju bahawa fatwa ini tidak harus hadir secara round dan spontan kecuali ia datang bersama dengan environment, dia datang bersama liku-liku yang mendasari isu tersebut, tapi apakan daya sebagaimana yang dijelaskan, YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak diberi peluang sehingga hari ini. Sangat janggal dan pelik sedangkan dalam soal mentahkimkan sesuatu...

إن كنت ناقلاً فالصحة، أو مدعياً فالدليل...

Ayuh tampilkan orang tersebut siapa dia yang disebut Tn Guru Hj Abd Hadi Awang tuan empunya Amanat, beliau bukan orang asing, tinggal di bumi bukan di planet Marikh. Tinggal di Terengganu Rusila. Semua orang kenal dia kenal latar belakang dia bahkan beliau membuka ruang, Kalau salah akan Amanat saya ayuh sebut di mana salahnya dan kalau betul kenapa tidak mahu ikut.

Kemuncak kejayaan bagi seseorang ini apabila minta dibuka ruang untuk menjelaskan kekeliruan seperti permintaan TGHA untuk bersiaran secara langsung selama satu jam bagi menjelaskan maksud Amanat yang dikeluarkan. Kafa waqtafa bihazal qadr kata Dr Tapi malang sekali, isu agama sebesar besar ini dipolitikkan, dimanipulasikan. Kita harus ingat bagaimana agenda di sebalik Amanat ini adalah untuk istiqlal fursah استقلال فرصه mengambil kesempatan bagi mendapatkan mileage politik.

Saya tidak nampak dari pihak establishment dari pihak yang berkuasa pihak kerajaan ingin menyelesaikan polemik Amanat ini secara jujur dan ikhlas. Allahumma illa kecuali untuk mendapatkan political mileage tapi mereka lupa Nabi SAW menyebut:

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظه
Fitnah ini sedang tidur. Allah Azza Wajalla melaknat sesiapa yang mengejutkan akan fitnah ini.

Saya yakin isu ini digoncang dan dihidupkan semula tidak lain dan tidak bukan kecuali untuk mendapatkan political mileage tetapi mereka lupa Allah melaknat orang-orang yang menghidupkn fitnah. Yang jelas tuan-tuan dan puan-puan kita hanya boleh menipu separuh manusia dalam separuh masa kita tidak mampu menipu semua manusia dalam semua masa.
-Dr Azahar Yaakob (UTM)

Dr Maza juga bersetuju dengan pandangan Dr Azahar mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa mengenai Amanat TGHA malah Dr Maza menyifatkan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 yang mengharamkan Amanat tersebut adalah tindakan yang tidak adil dan menyalahi kaedah mengeluarkan fatwa di mana sepatutnya orang yang mengeluarkan Amanat dipanggil duduk semeja berbincang sebelum fatwa dikeluarkan.

Di bawah ini ana sertakan sebahagian ucapan pemimpin UMNO yang dinyatakan Dr Azahar di atas.

"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

Artikel di atas adalah sebahagian ucapan balas Dr Azahar Yaakob mengulas isu Amanat TGHA.

Semoga bermanfaat.

Fastabiqulkhairat
Wardah Umairah.